-nasi lemak suka saya memakannya...saya pun suka makan nasi lemak..kami..dijodohkan bershama -
gua memang suka nasik lemak. pagi tadi pi beli kat depan flat-rumah gua ni. kedai sempoi ja tepi bus stop. kat situ siap ada gantung papan tulih "ehsan zakat".. sempoi.. dok carik nasik lemak ni semalam-tapi tutup.. terpaksa beli nasik lemak kat tempat biasa depan loji tu..bosan dah..dah tak sedap situ
so arini dia bukak. pakcik tua. aku sengeh dia sengih. terus order "pakcik, nasi lemak ayam kari! tambah... nasi lemak kosong satu!" tu dia hang tibai. pehtu gua sembangla "pakcik, nasik lemak ni sedap la. kalah kat semua tempat ni" dia jawabla-"oh.mak cik..dia memang pandai masak. pernah dia masuk pertandingan memasak..dapat no 3 . ada chef, orang besar datang depala dok rasa..makcik cuma masak nasi lemak, ikan bilis dengan sambal. depa takmau yang lain. menang dia.haha"
tudia..patut sedap..tapi sayangnya macik cuma berpeluang berniaga kat tepi bus stop saja..kesian. pas ni aku akan beli kat tempat tu je kasi support . come on la makcik! u can do it!
sempena hari ibu...nak ucapkan selamat hari ibu kepada ibu saya. bangga dapat ibu macam dia sebab terer masak. macik dapat no 3, mak saya penah dapat no 1. huhu
No comments:
Post a Comment